Saturday, December 17, 2011

beruntungnya bayi ini...



bayi ini sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk tersenyum melihat dunia. bukankah lebih baik jika semua bayi yang tidak bersalah diberi peluang seperti ini. kepada mana-mana ibu yang tidak menginginkan bayi mereka, janganlah dibunuh bayi itu. sebaik-baiknya hantarlah bayi itu ke pusat kebajikan. bayi itu berhak diberi peluang menghadapi dunia ini. berhentilah daripada bersikap kejam. mahukah anda dituduh sebagai PEMBUNUH ?? fikir-fikirkanlah....

Thursday, June 2, 2011

binatang ke manusia??

binatang pun sayangkan anaknya inikan pula manusia. secara logiknya inilah yang seharusnya terjadi. namun kini  manusia sudah semakin kurang sayangnya kepada anak mereka, kerana mereka sudah tidak lagi berasa malu membuang anak mereka dan memperlakukan anak mereka seperti anak mereka itu adalah batu di tepi jalan..  apakah yang terjadi?? manusia atau binatang??!!


 MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin. 
MAUT...mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.
Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.


*sumber : harian metro (2 jun 2011)

Sunday, May 1, 2011

statistik kes buang bayi...

Kes buang bayi semakin meningkat. Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.

Statistik Kes Buang Bayi
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.
“Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan,"
Daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup, manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.
Seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.
Menurutnya, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas. – Bernama

Sumber: Statistik Kes Buang Bayi 2010-Jan 2011
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Thursday, March 17, 2011

Mama jangan begini!!!!

          Syukur Ya Allah, sebentar lagi aku akan lihat dunia-Mu. 5......4.....3.......2.......1...

wekkk....wekk....wekk.... Aku menangis kegembiraan melihat dunia. Tapi, di manakah aku?? Mengapa aku tidak berada di dalam hospital? Aku.....di dalam bilik air!! Mungkin mama sudah tidak dapat menahan sakit hendak melahirkan aku dan mama tidak dapat menahannya sehingga sampai ke hospital. Lalu aku dilahirkan di dalam bilik air. Tidak mengapalah. Yang penting aku berjaya dilahirkan. Eh! Mengapakah mama menangis? Mungkin mama terharu dengan kelahiranku.
         Eh! Mama nak bawa saya ke mana? Mama kan baru bersalin... Mama, saya masih belum dimandikan lagi. Darah ni melekitlah mama. Mama dengar tak? Mama, kenapa letak saya kat tepi tong sampah ni? Mama!! Ada anjing tu, mama! Saya takut. Mama jangan buat saya macam ni. Mama tolong saya. Saya nak hidup macam orang lain. Mama!!! Jangan tinggalkan saya. Mama!! tolong!!!tolong!!!
        Eh anjing, jangan dekat dengan saya!! tolong!! Mama, sakit ma! Sakit sangat! Hei, jangan gigit mata sayala. Jangan tarik kulit saya la anjing. Sakit tau! Mama, tolong!! Mama, kasihanilah saya ma.. Sakit sangat..... Anjing tu jahat. Kenapa mama tak halau anjing tu?...Kenapa mama pergi??  Kenapa mama buat saya macam ni? Sakit ma!! Mama!!Mama!!